Jumaat, 29 Mei 2015

RESEPI MARUKU RANGUP SPECIAL

Assalammualaikum.



Nak share resepi maruku rangup buatan air tangan sendiri...hehehe
satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau... 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi..

Maruku yang as buat ni sememangnya rangup dan sedap..Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti..

Selain untuk makan sendiri as jugak mengambil tempahan kalau ada sesiapa yang nak kan maruku nie...kalau dah makan sekali pasti nak lagi....
Kalau timee nak raya biasa ramai yang buat tempahan..sampai tak menang tangan....



                                                         acuan


BAHAN - BAHAN


~ 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda
~ 1 bungkus Tepung pulut

( bahan diblender )
~ 1 sudu besar majerin
~ 1 biji Telur
~ 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus
~ 2 sudu besar Serbuk cili (BABAS)
~ 5 sudu besar Gula halus1
~ 1/2 sudu besar Garam halus
~ Air secukupnya
~ sedikit Daun kari
~ 1 sdk jintan manis

~ Daun kari secukupnya untuk hiasan

CARA - CARANYA:

Satukan bahan - bahan yang diblender bersama tepung pulut dan tepung kacang kuda.....gaulkan hingga sebati. Gaulkan lagi hingga menjadi doh yang lembut.
( air boleh ditambah kalau adunan belum lembut )



Panaskan minyak dan masukkan doh kedalam acuan dan terus tekan ke dalam kuali yang telah panas.as.selain itu jugak terdapat banyak bentuk maruku yang boleh kita buat...tinggal ikot kita la nak bentuk yang macam mana ok


Gorengkan dengan penuh hingga kekuningan. Setelah muruku hampir garing, taburkan daun kari dan  goreng hingga muruku betul2 masak dan garing.

Angkat dan toskan bekas yang telah dialas kitchen towel.Biarkan sejuk sebentar dan simpan
kdalam bekas kedap udara.





Sebalang 800gm ( rm 15.00 )
Postage rm 7.00
kalau beli banyak harga boleh bincang:)

Ok done!!!!!!

Selamat mencuba yer pasti nak lagi :)


Sesiapa yang nak menempah pun dialu - alukan
Hubungi as
0173511136
Fb asmidafazeli
Ig asmidafazeli
Email dairimangkuktingkat@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan