Sabtu, 30 Mei 2015

TIPS MISS V KETAT CARA TRADITIONAL

Assalammualaikum...

Tara...nak ketatkan miss v !!

Rindukan malam pertama? Rindu suasana ketika ‘bersama’ suami ketika malam pertama?Ingin memikat suami setelah lama tidak ‘bersama’?Agak longgar selepas bersalin?Suami kurang memberikan perhatian?Suami kerap mengeluh kerana Miss V kurang NGAM?



Petua ketatkan faraj ini adalah khas kepada kaum wanita untuk mengetatkan faraj mereka terutamanya yang selepas bersalin atau sudahpun mempunyai anak yang ramai. Petua ketatkan faraj ini juga boleh diamalkan oleh semua wanita yang ingin mendapatkan faraj yang ketat seperti zaman anak dara dahulu.

Ada beberapa cara atau petua ketatkan faraj ini yang boleh diamalkan oleh para wanita. Wanita boleh memilih mana-mana cara yang sesuai dan mudah untuk mereka ketatkan faraj mereka. Untuk mendapatkan faraj yang ketat dan rapat ini merupakan idaman isteri demi untuk membahagiakan para suami. Suami pasti akan lebih menyanyangi isteri jika perhubungan malam mereka bahagia.Betul tak?Inilah cara ketatkan faraj boleh diamalkan oleh wanita.

PERHATIAN : ibu mengandung dilarang mengamalkan cara ini , dapatkan nasihat pakar.



Cara 1

Bahan-bahannya:

– Daun sirih 10 helai
– Gambir 2 keping
– Kapur makan
– Kulit pinang muda

Caranya:

– Tumbuk gambir sehingga lumat
– Kulit pinang muda disiat kecil-kecil
– Rebus semua bahan tersebut dengan daun sirih,gunakan untuk cebok.
-  Kalau boleh gunakan selama dalam pantang untuk wanita yang baharu bersalin.
- Jika untuk kegunaan biasa bolehlah diamalkan sebulan sekali.
- Kalau malas nak merebus semua bahan diatas boleh juga direndam dalam air panas,setelah sejuk baru gunakan untuk cebok.

Cara 2. Dengan cara kemutan. Caranya ialah ketatkan lubang kencing seperti menahan kencing,tahan selama beberapa saat kemudian lepaskan. Buatlah senaman ini setiap masa. Ianya mudah dilakukan di mana sahaja,kesannya sangat hebat untuk mengetatkan vagina dan memuaskan suami ketika berjimak.

Cara 3. Ambil dua atau tiga helai daun sirih dan rebus bersama dua gelas air. Apabila mendidih,tutup api. Biarkan seketika sehingga suam.kemudian gunakan air daun sirih tadi untuk membasuh alat sulit sambil diiringi selawat tiga kali. Amalkan 3 kali sehari selama seminggu.

Cara 4. Rebus beberapa helai pucuk betik sehingga empuk.Kemudian anda perlu memakannya setiap hari bersama nasi selama sebulan. Boleh juga dibuat kerabu untuk mengurangkan rasa pahitnya.

Cara 5. Rebus segenggam daun inai dan biarkan suam. Gunakan airnya untuk mencuci vagina anda terutama selepas membuang air.Amalkan selalu untuk mendapat kesegaran dan keselesaan.

Cara 6.
Manjakani
Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.

Cara 7
Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.

Cara 8
Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.

Cara 9
Latihan Kemutan Faraj.Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi.
Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat. Lakukan selama 20 kali setiap hari.

Cara 10
Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda.
Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat.

Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat. Campur kedua-dua jenis air ini.

Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.

Berikut tadi cara mudah yang boleh dilakukan oleh para wanita untuk ketatkan faraj. Untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita ini juga penting jika mereka baru lepas bersalin atau disebabkan melahirkan anak yang ramai. Mungkin juga untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita yang kerap melahirkan anak.

Tapi cara diatas agak rumit untuk disediakan..Alhamdulillah, ade alternatif yang lebih senang dan mudah

CARA MODERN KEMBALI DARA SEMUDAH ABC,

1- ALFALFA SHAKLEE
Klik