Rabu, 29 Julai 2015

3 TIPS FAHAMI PERINSIP ASAS PENYUSUAN 

3 TIPS FAHAMI PERINSIP ASAS PENYUSUAN

Masih ramai yang tidak faham dengan perinsip asas penyusuan susu ibu.Akibat dari itu , timbul rungutan menyatakan penghasilan susu mula merundum.Mari baca dan fahami apa yang patut anda lakukan agar pengeluaran susu berjalan lancar bagi memenuhi keperluan si manja.

1-kerap susukan bayi

Susukan bayi sekurang - kurangnya setiap dua ketiga kali disiang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar dia menghisap dengan betul. Jika bayi tidur lebih dari 3 jam kejutkan bayi untuk menyusu.

Pada waktu malam pulak kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika tidur lebih dari 3 ke 4 jam. Bagi ibu yang tidak bekerja anda mungkin tidak mempunyai masaalah untuk kerap menyusukan bayi.

Bagi ibu berkerjaya , anda perlu berdisiplin dan tidak culas untuk mengikuti jadual pengepaman sepanjang berjauhan dengan bayi.Rutin pengepaman yang konsistent membantu pengeluaran susu menjadi stabil.

2 - kerapkan sesi mengepam

Jangka masa yang ideal untuk rutin mengepam ialah setiap 3 jam. Ikuti rutin harian ini tanpa gagal. Selain itu sebaik - baiknya pam payudara setiap kali selepas menyusu.

Biarpun payudara agak lembut selepas bayi menyusu, anda masih boleh mengepam diantara waktu menyusu. Amalan mengepam dapat membantu anda memastikan payudara benar - benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap jugak dapat meransang penghasilan susu kerana hormon prolaktin banyak dirembes pada waktu malam.

3- Usah tunggu payudara penuh

Segellintir ibu menyusu gemar menunggu sehingga payu dara penuh. Ia dijadikan petunjuk bahawa sudah tiba masa untuk bayi disusukan.tangapan begini adalah salah.

Anda perlu yakin yang payu dara mengandungi susu setiap masa. Setelah bayi selesai menyusu tubuh akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan kandungan lemak dalam susu lebih tinggi apabila tempoh antara satu sesi penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan sedangkan anda berangapan payu dara sudah kosong, bayi sebenarnya memperolehi susu yang tinggi kandungan lemak.

Sekian,