Selasa, 7 Julai 2015

5 tips berjimat menyambut AIDILFITRI

Assalammualaikum...Ramadhan datang lagi menjengah kita dengan sejuta kelebihan dan keberkatan. Bagi mereka yang saban tahun menantikan kehadiran Ramadhan, pastinya merasa sangat gembira serta melonjak-lonjak kegirangan dengan kemeriahan yang akan dilalui pada bulan pesta ibadah ini. Bulan yang penuh dengan ganjaran serta rahmat Allah swt kepada semua hambanya yang melaluinya dengan penuh ketaqwaan dan pengharapan kepada kurniaan Allah. Sudah pasti, masa-masa yang dilalui pada bulan ini merupakan masa yang sangat berharga bagi mereka yang mendambakan keberkatannya.

Selain itu jugak , Hari Raya Aidilfitri pastinya antara detik yang dinanti-nanti oleh ramai orang. Tidak kira di kampung atau di bandar, Hari Raya Aidilfitri pasti akan diraikan bersama keluarga yang tersayang dan akan disambut secara meriah terutamanya oleh kanak-kanak.Anak-anak akan menjerit-jerit meminta baju baru, kasut baru dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, anda sebagai ibu bapa juga akan memikirkan untuk membeli juadah raya, perhiasan rumah, duit raya dan mungkin sehingga ingin menukar semuanya baru!

Keadaan seperti ini sudah semestinya akan membebankan kewangan anda kerana banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap kali menjelang raya.
Terdapat beberapa teknik untuk dikongsikan boleh membantu anda berjimat di Hari Raya Aidilfitri.

1- PERANCANGAN AWAL

seperti sedia maklum Hari Raya tiba setiap tahun, jadi sepatutnya kita telah merancang awal mengenai perbelanjaan yang bakal dibuat. Kalau anda sudah tahu yang Hari Raya akan tiba pada bulan julai, buat persiapan seawal bulan Januari agar anda tidak berdepan dengan sebarang masalah.

2- SIMPAN DUIT elakkan mengunakan KAD KREADIT

Simpan duit setiap bulan untuk Hari Raya agar anda tidak perlu bergantung kepada kredit kad atau terpaksa berhutang bagi memastikan Hari Raya yang meriah. Anda sepatutnya membuat bajet Hari Raya dan berbelanja mengikut bajet yang telah dibuat.Ketika Hari Raya, majikan biasanya akan memasukkan gaji lebih awal daripada biasa bagi membolehkan anda membeli kelengkapan Hari Raya. Ramai orang yang teruja bila mendapat duit gaji awal, tetapi kemudiannya terpaksa “ikat perut” selepas Hari Raya kerana gaji bulan depan masih jauh lagi. Jangan jadi seperti ini. Apabila dapat sahaja gaji, anda perlu buat seperti ini..


3- elakkan BERHUTANG

ada sesetengah pula sangup berhutang sehingga terpaksa menangung hutang yang penting semua nak baru dan tak nak mengalah dengan jiran - jiran...hakikatnya kita tak mampu...almaklum jelakan bila kita dah berhutang nie..bila tak terbayar hutang pelbagai masaalah akan timbul.so elakkan berhutang.


4- kuih raya VERSI SENDIRI

Kuih raya versi sendiri..huhu...mesti sedapkan...kalau beli memangla senang, bermacam - macam jenis dan pelbagai bentuk..tingal tunjuk dengan jari jer....tapi zaman sekarang nie semuanya mahal...lagipun kuih muih ni buat syarat je pun..kalau anda wanita yang dah berkawin atau belum tu boleh je buat sendiri..kalau lelaki yang belum kawin tu suruhla mak buat...tak payah susah - susah membeli.

5- KENDERAAN

-Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah

-Tutup air-cond apabila cuaca sejuk.Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.

-Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan.Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.

Sekian ,

InsyaALLAH kalau kita niat nak balik kampung jumpa mak ayah, eratkan sillaturrahim, mesti ALLAH akan permudahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan