Sabtu, 4 Julai 2015

cara kesan peranakkan jatuh


Assalammualaikum...

Masalah peranakan jatuh Adalah Sangat merbahaya bagi wanita dan peranakan atau rahim boleh jatuh tanpa anda sedari
Mungkin normal bagi wanita yang pernah bersalin untuk jatuh peranakan. Kadang-kadang anak dara pun boleh jatuh peranakan di sebabkan nature of work mereka.

Tahukan anda  peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil,  peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


PERANAKKAN JATUH!

simptom peranakan jatuh pada kaum wanita adalah seperti berikut;

1. waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.

2. terasa nak buang air kecil dengan kerap.

3. sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.

4. kalau kita berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan sengal.

5. cepat rasa penat kalau buat kerja.

6. peha dan betis rasa kebas-kebas.

apa kata kita self check.



kalau nak sure seperti apa yang saya nyatakan betoi atau tidak, sila baring dan buat langkah-langkah seperti berikut;

1. baring lurus. jangan gunakan bantal.

2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.

3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.

4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.

5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.

6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.

7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm... peranakan anda dan jatuh...


kaedah membetulkan peranakan yang jatuh secara tradisional.jangan cuba-cuba buat aksi ini jika anda belum kahwin lagi atau anda belum pernah melahirkan. bukan apa, selalunya masalah peranakan jatuh ni selalu berlaku pada ibu-ibu yang pernah melahirkan anak.. orang tua-tua kata peranakan kembang.. masa dalam pantang tak jaga betul - betul.. terutama yang melahirkan anak ikut tingkap few times.. so,    tak pernah ikat perut dalam pantang..

langkah-langkah membetulkan peranakan yang jatuh.

1. baring lurus. jangan gunakan bantal.

2. elok baring dengan posisi tapak kaki boleh jejak dinding.

3. mulakan urutan sendiri sesedap rasa.

4. bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas tundun ke sebelah atas ( ke arah pusat).

5. buat langkah 4 beberapa kali. kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.

6. rehat seketika sebelum bangun.



sekian perkongsian hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan