Sabtu, 4 Julai 2015

petai busuk tapi berkhasiat

Assalammualaikum...Dah lama tak makan petai!! Tahu petai tu berkhasiat tapi oleh kerana ia boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan membuat saya jarang sekali beli petai. Semalam suami balik dari bertugas di siam...bila sampai rumah jer suami bawak balik banyak sangat petai.En suami kata murah sangat petai dekat siam...suami beli 100 papan baru rm 20.00...murahkan.....wahhhh banyak dan besar  besar....geram pulak...tetibe rasa teringin nak makan....kalau masak lomak udang petai dan sambal udang petai mesti terangkat...my feveretttt .....kihkih kantoi suka makan petai.....tapi bau petai jer punca jarang beli petai...haaa tapi dah ada banyak kat umah nie pekata wat jeruk petai boleh la simpan berbulan - bulan...nak makan tinggal amik jer...hikhik
jom kita kenali si Petai lebih mendalam...

Berbicara tentang si petai ni, orang yang sering makan petai boleh menghindari diri daripada mendapat kencing manis. Bukan tu saja, dikatakan boleh merawat penyakit jantung, mencuci buah pinggang dan membunuh cacing di dalam perut dan usus.
Petai juga boleh menyegarkan tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman, mengelak gejala sembelit, mampu mengurangkan risiko mendapat anemia, mengawal paras gula, menurun tekanan darah tinggi, boleh merawat masalah hati, busung dan bengkak ginjal dan mengurangi risiko strok.
Kandungan serat yang tinggi membuat petai sangat baik untuk pencernaan. Petai juga dikatakan mampu menurunkan suhu panas pada badan. Daun petai direbus dan diminum untuk merawat demam kuning.
CARA PENYIMPANAN PETAI
Untuk membolehkan petai disimpan lama, maka ia dijeruk atau direndang dalam air garam.  Jeruk petai memberi peluang penggemarnya dapat menikmati sepanjang tahun.  Sebelum dijeruk, petai direbus separuh masak untuk memudahkan membuangkan kulitnya. 


Soal rasa tidak timbul masalah sangat bagi penggemarnya biarpun sedikit pahit.  Malah itulah satu keistimewaan dan kelebihannya.  Masalah besar ialah kesan akibat makan petai. 

Orang makan petai akan berdepan masalah bau air kencing dan najis yang amat busuk yang luar biasa.  Tidak kena gaya, satu rumah mendapat bau tidak menyenangkan. 

Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Kalau kita makan petai walaupun baunya yang agak kurang menyenangkan, tetapi ia mampu memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi di samping terdapat juga mineral kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal
udah - udah nak share resepi SAMBAL UDANG PETAI nie rugi kalau tak cube kihkihkihkih
1- RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

Bahan bahan:
15 ekor udang 1 biji bawang besar3 ulas bawang merah4 ulas bawang putih2 senduk cili kisar - ikut pedas disukai2 sudu besar gula1 ts perasa ajinomotoGaramAir asam jawa

Cara cara:
Didihkan air dan rebus udang seketika. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak,Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa, perasa dan garam.

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. 



Sedia untuk dihidangkan.

2- RESEPI PETAI JERUK

Mungkin generasi zaman sekarang, tidak mengenali petai jeruk... belum cuba belum tahu!!  Di sini saya kongsikan cara-cara membuat petai jeruk .
CARA-CARA MEMBUAT PETAI JERUK

Petai secukupnya, pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)

Garam (1 cawan garam)Air secukupnyabeberapa keping asam gelugur
Cara Membuatnya

Didihkan air, celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan isinya. Rendamkan ke dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup dan perap selama dua malam. Selepas itu, masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.

Nota :
Kuah jeruk petai hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak. Sekiranya kuah petai jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.
Selamat mencuba.

WASSALAM,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan