Ahad, 5 Julai 2015

jangan patahkan vitamin c akan berlaku kerugian yang besar


Assalammualaikum...



kepentingan vitamin c kepada tubuh badan kita ni:

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.


Apa berlaku apabila, SR Vita-C dipatahkan 2?


Apabila kita mematahkan, atau menumbuk, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. Ini mengakibatkan pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat. Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui urin, di sinilah berlakunya pembaziran kepada wang yang telah kita laburkan. Allahu Akhbar! Ilmu baru yang wajib saya sampaikan dan perjelaskan pada anda semua, untuk saya dan juga semua pengedar dan pengguna Shaklee SR Vita-C.

 Bagaimana Saranan Scientist / Nutritionist Shaklee?
 Sebaik mendapat pertanyaan dari lapangan tentang isu ini, saya terus menghubungi beberapa Nutritionist Shaklee juga President Shaklee Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan pemahaman yang lebih dari Scientist Shaklee di US.

 Alhamdulillah, untuk keperluan harian Vitamin C kita, 500mg Vitamin C adalah mencukupi dan sekiranya kita dalam proses untuk sihat, (cth: demam, selesema, batuk) keperluan Vitamin C diperlukan sehari meningkat tetapi kadar penyerapan tubuh masih sama (atau sedikit meningkat dari 100-200mg). Cara yang efektif adalah dengan mengambil 2 biji SR Vita-C (tanpa dipatahkan) setiap 5 jam. Dengan ini, setiap jam 200 mg Vitamin C akan dilepaskan untuk penyerapan tubuh dengan lebih efektif.

Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin ")

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr Victor, President Shaklee Malaysia kerana dengan pantas telah membuat perjumpaan ringkas bersama Product Manager, Puan Celine dan Nutritionist serta telah mendapatkan pengesahan terus dari Scientist Shaklee di US. Saya harap penjelasan ini, membantu pengedar dan pengguna Shaklee untuk memastikan kita mendapat manfaat pengambilan Vitamin C dengan optimum dan tidak berlaku lagi pembaziran wang yang telah kita laburkan.