Isnin, 6 Julai 2015

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. 

Assalammualaikum...Alhamdulillah hari ini dah masuk 19 Ramadhan umat Islam berpuasa.Kita sudah memasuki 10 malam yang terakhir di bulan mulia ini.Malam yang dinanti-nantikan iaitu malam Lailatulqadar.Lailatulqadar adalah malam yang penuh dengan rahsia.Hanya Allah yang mengetahui bila ia terjadi.Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.Maksudnya:” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “

Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :" Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan ramadan." (Hadis riwayat Bukhari,Muslim,At -Tarmizi dan Ibnu Majah)

Alangkah beruntungnya jika kita dipertemukan dengan lailatulqadar kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar.Antara keistimewaan dan rahsia malam lailatulqadar ialah :

#Lebih baik lebih istimewa dari seribu bulan.Malam diturunkan kitab suci Al Quran
#Ibadah lebih baik daripada 80 tahun ibadah Bani Israel
#Malam lailatul qadar adalah malam keberkatan
#Malam yang ditetapkan umur,rezeki dan ajal manusia
#Allah mengampunkan hambanya yang menghidupkan malam lailatulqadar

Doa pada malam lailatulqadar :" Ya Allah , sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan , maka ampunilah daku. "Semoga kita dipertemukan dengan Lailatulqadar...


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?.

Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Sekian ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan